ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN BHD

Saturday, August 28, 2010

PIRAMID MAKANAN SEDUNIA


CARTA PEMAKANAN YANG SIHAT

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
ARAS 1
Nasi, Mee, Bihun Roti, Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian (Diambil dalam sehari 8-12 sajian)
ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan (diambil dalam sehari 3-5 sajian)
ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang (diambil dalam sehari 2-3 sajian)
Susu dan Produk Tenusu
ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula (diambil dalam sehari 1-2 sajian)


Bagaimanakah yg dikatakan pemakanan yg sihat ? Jadual pemakanan umum ialah :
a) sarapan pagi (Breakfast) ,
b) tengahari ,
c) petang (tea break)
d) makan malam .

Setiap manusia didunia harus menuruti carta pemakanan yang sihat untuk menjaga kesihatan. Pastikan disetiap rumah mempunyai carta pemakanan sebagai panduan harian anda. Penting untuk anda mengetahui makanan yang mana harus dimakan terlalu banyak dan yang mana pula harus diambil dalam kandungan yang sedikit saja.
Disini saya kongsikan carta pemakanan ini untuk teman-teman yang melayari blog ini. Makanan yang seimbang adalah penting untuk menjaga kesihatan. Pastikan juga makanan harian yang diambil mempunyai serat, kerana serat penting untuk melawaskan sistem pembuangan kekotoran didalam kolon (usus). Setiap penyakit didalam badan adalah berpunca daripada Usus yang kotor serta pengambilan makanan yang tak menentu.
Pastikan juga makanan yang diambil setiap hari adalah yang segar dan baru. Kerana makanan yang baru mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Makanan yang perlu dimasak pula, pastikan tidak terlalu lama diatas api....ini disebabkan segala zat dan khasiat akan hilang jika dimasak terlalu lama.
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.....ini akan menyebabkan kolesterol yang tinggi......penting juga untuk anda mengambil minyak dalam kandungan yang sedikit. Makanan laut jangan ambil terlalu banyak cukup dalam kadar yang sederhana kerana ianya boleh menyebabkan alahan dan asid yang tinggi jika diamalkan selalu.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan mengambil dalam kandungan yang banyak. ini disebabkan buah dan sayur mengandungi banyak vitamin, serat dan air. Begitu juga dengan sebarang jenis Ubi dan Bijirin kerana makanan ini mempunyai serat yang tinggi dan dapat membantu sistem pencernaan didalam tubuh.
Makanan yang harus dimakan lebih banyak seperti nasi, mee, roti dan sebagainya adalah digalakkan untuk membantu sistem imuniti didalam tubuh dan memberi tenaga. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk satu keluarga. Disamping itu jangan sekali anda lupa akan pengambilan air yang mencukupi untuk diri. Jika air tidak mencukupi didalam badan akan menyebabkan sembelit, sakit kepala dan boleh menyebabkan buah pinggang tidak berfungsi. Oleh itu setiap manusia digalakkan minum air 5 botol kecil mineral setiap hari untuk menjamin kesihatan yang sihat sepanjang zaman.

Semoga Semua Rakyat Malaysia Mengikuti Carta Pemakanan Yang Sihat Sepanjang Hari.



No comments:

Post a Comment