ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN BHD

Tuesday, December 21, 2010

WANITA DI USIA 40++


Wahai Wanita, janganlah malu mengaku usia dah mencecah 40++. Tahukah anda.....Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Khadijah semasa usia Siti Khadijah 40 tahun. Sepatutnya anda berbangga di usia ini, kerana........kecantikkan asli seorang Wanita itu terserlah apabila menjangkau diusia 40++. Jangan mudah mengaku atau mengatakan seseorang itu cantik semasa usianya masih remaja atau belum berumahtangga. Cuba kita lihat disekeliling, ramai yang belum berkahwin akan dikatakan cantik.....tapi bila dah berumahtangga, kenapa "Hampeh"? Saya menulis ini pun atas dasar cerita benar yang memang terjadi dalam masyarakat sekeliling.

Jangan cepat menilai seseorang itu cantik hanya dari pandangan mata kasar. Nak tahu seseorang itu cantik, tunggu usianya mencecah 40++ dan lebih afdal lagi jika tanpa alat solek......boleh........? Jika dia pandai jaga badan dan penampilan serta akhlak, maka kita boleh kategorikan mereka sebagai Wanita yang cantik, apalagi jika seseorang Wanita itu keluar rumah dengan yakin tanpa alat solek yang mencacatkan lagi kecantikan asli semulajadi. Ini barulah boleh dikatakan "Wanita Melayu Terakhir".

Wanita yang berpakaian seperti tidak cukup kain (seksi) juga bukan tergolong dalam kategori Wanita Cantik. Wanita Cantik tidak semestinya berpakaian seksi........mereka yang dipandang Cantik adalah dari pada tutur kata, budi bahasa, menutup aurat dan hormat orang lain. Sebenarnya seksi seorang Wanita bukan terletak pada pakaian yang terdedah.......tapi dari segi pertuturan dan perbuatan, orang sudah dapat menilai seseorang. Dari itu, wahai Wanita semua.....alangkah ruginya jika anda memakai pakaian yang tidak cukup kain dan hampir telanjang kerana, tidak seorang pun Umat Muhammad yang memuji orang sebegini.....malahan anda akan dicela, dihina........malah lebih berat lagi Azab di Akhirat kelak.

Sedar-sedarlah wahai Wanita semua bahawa hidup kita hanya sementara........dan tiada gunanya kita mementingkan kecantikkan luaran saja.......sedangkan kecantikkan sebenar adalah dari dalam diri kita sendiri. Jaga pemakanan seharian, maka terjagalah kecantikkan Asli yang Allah anugerahkan. Jika anda menjaga 3 perkara iaitu....... Pemakanan, kebersihan dan kesihatan, pasti anda tidak segan mengata usia anda sudah 40++ didepan Umum. Harus ada keyakinan dan jangan takut pada usia 40++.......jika anda amalkan menjaga 3 perkara itu, maka tiada kedutan pada wajah dan tidak perlu untuk anda membuat pembedahan atau suntikan ubatan yang akan merosakan lagi molekul di wajah anda, dan jika ini terjadi.......jangan kekesalan menyelubungi diri. Jadilah Wanita yang tahu menutup aurat.....pasti anda menjadi Wanita yang tercantik di dunia dan Akhirat apalagi disisi Allah.


Ingatlah.......Allah melaknat orang merubah wajah yang telah dianugarahkan olehnya......terimalah seadanya dan yakinlah pada penampilan diri sendiri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7zQ58HzdleJPYu_QiHwiJuqe-1ofU-spgzDqr1H855Us9wb7HeCFXiWfgqJHlHam39pJHG8UELufjumrZsvDIMIcXaHiRPGkt6B5cs-B_lkfbfBmqxVa05cOps_ZDCv5V7axtf5P5PFk/s1600/3155928814_a492f9954b.jpg

No comments:

Post a Comment