ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN BHD

Monday, August 23, 2010

MEMBACA (ulat buku)





Kisah manusia ulat buku ni......sebenarnya mereka yg selalu tak lekang dari membaca. Kebaikkan membaca ni dapat mempengaruhi minda menjadi orang yang bijak dan celik Ilmu. Perbanyakkan membaca buku2 Panduan, Ilmiah keislaman, Kisah2 Nabi, Cerita Rakyat dan Kisah Benar.......semua itu mendorong kita untuk lebih matang dalam menilai kehidupan mendatang. Disamping itu membaca juga dapat menguatkan minda untuk berfikir dulu sebelum meluahkan perkataan.

tetapi.......ramai Remaja zaman sekarang suka kepada buku2 Novel yang berkisahkan Cinta, Putus Asa, Kecewa, Merana, Terlanjur Dosa dan juga kisah merampas kekasih.........buku2 yang begini bukan mendatangkan manfaat untuk minda.......malah merosakkan minda mereka, hingga terbawa2 hidup mereka seperti kisah didalam buku itu. Pengaruh daripada Novel Cinta dan movie banyak mendorong mereka cenderung kearah kehidupan sosial. Begitu juga kehidupan masyarakat barat banyak mempegaruhhi minda mereka mejejaki kehidupan yang melampaui batas.

Lagi pun bidang Celik Ilmu dan IT ini banyak dikuasai oleh orang bukan Melayu.........sedangkan anak Melayu yang berugama Islam kebanyakkannya masih leka dan terjerumus dikancah Maksiat, Judi, Rempit, Dadah, Membuang anak, Arak dan bermacam lagi. Tidak kurang juga ramainya anak Melayu yang masih sedar dari hanyut dibawa arus zaman.....dan mereka ini harus menjadi contoh kepada yang masih dibuai mimpi yang tak berakhir.

Jika kita tidak memulakan membaca dari peringkat awal......apa yang akan terjadi kepada Generasi akan datang? Haruskah kita semua duduk hanya mendengar, melihat dan berpeluk tubuh saja dengan setiap kejadian yang berleluasa ini? Sebenar Perpustakaan adalah bermula dari rumah. Wujudkan minat membaca juga dari rumah........insya'allah manusia maju kerana membaca.


No comments:

Post a Comment