ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN BHD
Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, December 13, 2010

BOIKOT - MARI BERJUANG BERSAMA




                            










       










              










          









         








                                                                           






                                                                        




Buka Hati Bukalah Minda

Semua gambar yang diatas adalah perbandingan antara HPA dan Yahudi....
Ini bukan bermaksud untuk menghina mana-mana produk atau restoran. Tapi ini adalah untuk membuka mata bagi umat Islam keseluruhan untuk sama-sama membantu menjana ekonomi orang Islam.

Jika anda lihat diluar sana, terlalu banyak restoran yang dibuka sama ada yang Islam atau bukan Islam...ini dikatakan seperti Cendawan tumbuh. Tapi adakah anda tahu setiap restoran yang ingin anda masuk itu mempunyai makanan yang Halal? Sudah tentu restoran Islam itu Halal, tapi dari segi pembuatan dan pembelian barang makanan itu belum pasti, ini kerana barangan yang anda beli untuk memasak itu adalah dari kedai dan pasar yang berkemungkinan orang bukan Islam yang menjual....dan dikhuatiri ada bercampur dengan bahan yang tidak diingini. Dari segi kebersihan mungkin ianya bersih, tapi dari sudut keikhlasan hati untuk memasak, kita tidak tahu sama ada ikhlas atau ada rungutan.

Dari itu jika anda memilih untuk mengguna atau menikmati makanan Halal lagi suci.....maka jalan penyelesaiannya adalah produk dan restoran HPA. Ini kerana terdapat berbagai restoran dan halal mart yang boleh menjadi pilihan anda untuk membeli dan memasukinya. Dalam HPA, jika anda ingin membeli barangan keperluan harian dan dapur......maka anda boleh ke HPAic kerana disitu ada pasaraya HPA atau Halal Mart. Begitu juga, jika anda ingin menikmati makanan yang berbagai citarasa, maka HPA tidak akan menghampakan anda dengan berbagai pilihan restoran seperti...........
  1. Radix Fried Chicken
  2. Radix Bakery House
  3. Radix Oriental Cuisine
  4. Radix Chicken House
  5. Radix Pizza House
Inilah masa untuk sama-sama kita boikot barangan Yahudi sedikit demi sedikit. Alangkah ruginya kita sebagai Umat Islam jika tidak menggunakan barangan Halal yang sudah pasti didepan mata. Bukankah mencari yang Halal itu Fardu bagi Umat Islam? Jadi mengapa ditunggu lagi....? Apakah anda sanggup membiarkan sisa-sisa yang tidak Halal memasuki tubuh anda menjadi darah daging? Dari itu bangunlah wahai Umat Islam semua untuk memboikot barangan Yahudi yang telah merosakkan minda ornag Islam sehingga menjadi huru hara dan kucar kacir.

Kasihanilah anak-anak kita seadanya......kerana mereka adalah pewaris generasi Islam dan bangsa, maka makanan Halal adalah penting untuk menjadikan minda dan sikap MANUSIA menjadi cemerlang. Dari itu jadilah Manusia yang bijak memilih Produk yang akan anda gunakan seharian. Fikirlah sendiri apa akibatnya jika sentiasa menggunakan barangan Yahudi. Masihkah kita mahu mengguna atau "Boikot"

SAYANGI KELUARGA DAN ANAK-ANAK DENGAN MEMBOIKOT BARANGAN YAHUDI


Marilah bersama-sama dengan saya memboikot barangan yahudi
Email saya di :-  ladyartpurple@yahoo.com



Wednesday, October 13, 2010

MAJLIS DEMONSTRASI

Semasa memulakan ucapan perkenalan syarikat HPA pada majlis demonstrasi.


Sebahagian dari produk2 HPA.


kesan penyakit melalui kaedah tapak tangan.


kesan penyakit melalui kaedah anak mata.


kaedah berbekam.


Semua yang anda lihat diatas adalah cara-cara mengesan penyakit yang boleh dipelajari dalam Syarikat HPA. Setiap penyakit yang dapat dikesan, akan disyorkan perawatannya.
Produk HPA juga boleh didapati dalam bentuk makanan......minuman.....ubatan perawatan.....penjagaan hujung rambut hingga hujung kaki.....kosmetik.....barangan dapur.....barangan bilik mandi.....ayam organik.....makanan sejuk beku dan produk haji.

kini HPA melangkah lebih luas lagi dengan memasarkan produk ke luar negara. HPA juga telah berjaya membuktikan bahawa Syarikat orang Islam juga bersaing maju setanding dengan dunia luar. Ini oleh kerana HPA sendiri telah mempunyai Bangunan HPAic sendiri yang terletak di Shah Alam. Bukan itu saja.....malah didalam bangunan HPAic itu sendiri telah ada Pasaraya HPA.
Lihat sendirilah betapa hebat dan bangganya kita sebagai orang Islam yang berjaya menjulang produk Islam kemerata nusantara.

Alhamdulillah......Islam berjaya mencapai matlamat mengeluarkan produk Islam 100% dimata dunia. Jika bukan kita yg support produk Islam HPA, siapa yang akan tahu ia wujud.....?
Maka gunalah dan war-warkanlah kepada teman2 seperjuangan untuk bersama kita mengguna produk Islam dan sedikit demi sedikit kita boikot produk Yahudi.
Yakinlah kita boleh melakukannya.

"sampaikan pesanku walau satu ayat sekali pun."


Monday, August 23, 2010

MEMBACA (ulat buku)





Kisah manusia ulat buku ni......sebenarnya mereka yg selalu tak lekang dari membaca. Kebaikkan membaca ni dapat mempengaruhi minda menjadi orang yang bijak dan celik Ilmu. Perbanyakkan membaca buku2 Panduan, Ilmiah keislaman, Kisah2 Nabi, Cerita Rakyat dan Kisah Benar.......semua itu mendorong kita untuk lebih matang dalam menilai kehidupan mendatang. Disamping itu membaca juga dapat menguatkan minda untuk berfikir dulu sebelum meluahkan perkataan.

tetapi.......ramai Remaja zaman sekarang suka kepada buku2 Novel yang berkisahkan Cinta, Putus Asa, Kecewa, Merana, Terlanjur Dosa dan juga kisah merampas kekasih.........buku2 yang begini bukan mendatangkan manfaat untuk minda.......malah merosakkan minda mereka, hingga terbawa2 hidup mereka seperti kisah didalam buku itu. Pengaruh daripada Novel Cinta dan movie banyak mendorong mereka cenderung kearah kehidupan sosial. Begitu juga kehidupan masyarakat barat banyak mempegaruhhi minda mereka mejejaki kehidupan yang melampaui batas.

Lagi pun bidang Celik Ilmu dan IT ini banyak dikuasai oleh orang bukan Melayu.........sedangkan anak Melayu yang berugama Islam kebanyakkannya masih leka dan terjerumus dikancah Maksiat, Judi, Rempit, Dadah, Membuang anak, Arak dan bermacam lagi. Tidak kurang juga ramainya anak Melayu yang masih sedar dari hanyut dibawa arus zaman.....dan mereka ini harus menjadi contoh kepada yang masih dibuai mimpi yang tak berakhir.

Jika kita tidak memulakan membaca dari peringkat awal......apa yang akan terjadi kepada Generasi akan datang? Haruskah kita semua duduk hanya mendengar, melihat dan berpeluk tubuh saja dengan setiap kejadian yang berleluasa ini? Sebenar Perpustakaan adalah bermula dari rumah. Wujudkan minat membaca juga dari rumah........insya'allah manusia maju kerana membaca.


Saturday, August 14, 2010

PUASA

hari ni dah 4 hari berpuasa.......syukur rahmat Allah datang lagi.....
indah dibulan puasa nikmat yg dirasa.....pemberian Allah besar ganjarannya.......
yang penting, setiap kali berbuka cukup dgn makanan yg ala kadar saja.......
kerana Islam tidak menggalakkkan berlebihan.....itu membazir.....
sesungguhnya membazir itu adalah adik-beradik syaitan............