ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN BHD

Thursday, December 9, 2010

KHINZIR DAN PRODUK SEHARIAN ANDA



KINZIR DAN BAHANNYA

Pernahkah anda terfikir Produk yang digunakan setiap hari sama ada dalam makanan, pakaian dan barangan kosmetik semua melibatkan dari Kinzir. Kebanyakkan dari kita semua tidak pernah mengambil tahu akan kegunaan harian kita, adakah ia Halal atau sebaliknya. Pastikan setiap barang makanan yg akan dibeli, diselidiki dahulu isi kandungannya. Dikhuatiri akan ada campuran yang tak diingini pada barang yang kita ingin beli. Jangan ambil mudah sahaja dengan setiap barangan yang kita beli. Harus mengikut etika dalam Islam, kerana ia melibatkan darah daging yang mengalir ketubuh badan kita.

Seperti dalam carta yang saya tunjukkan diatas, ia adalah sebahagian dari barang yang mengandungi unsur Kinzir. Oleh itu kita harus berhati-hati dengan semua produk yang berada dipasaran, ini kerana kebanyakkan produk yang dipasaran adalah dari negara luar dan buatan bukan Islam. Setiap label yang berada pada produk harus diteliti dahulu kandungannya. Gelatin haiwan atau whey kebanyakan daripada kinzir.

Carta diatas sebagai panduan untuk anda jadikan petunjuk setiap kali membeli barangan diluar. Keperihatinan anda adalah penyelamat Islam seluruh dunia dan keluarga. Makanan yang halal adalah menjamin kesihatan, minda dan tingkah laku setiap individu.

"Sampaikan pesanku walau sebaris ayat sekali pun"
Ini adalah untuk umat Islam sejagat.


No comments:

Post a Comment