Buat semua teman2 seperjuangan yg menyambut hari Lebaran......semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat Illahi. Dalam keseronokkan menyambut Hari Raya, jangan sampai kita lupa pada yg tak berdaya. Yang memandu pulang dari beraya rumah saudara, pulang dari kampung dan ziarah teman2......janganlah memandu ikut perasaan......ingat2 orang yang tersayang. Memandangkan kemalangan jalan raya makin menjadi2......maka ikutlah peraturan memandu secara berhemah dan mematuhi had laju yang telah diberikan. Janganlah mencatat sejarah kemalangan yang terbesar dimusim raya pula.....
Untuk yang berdiet pula, berhati2 dalam memilih makanan. Jangan kerana terlalu sedap sesuatu makanan kita lupa tentang kesihatan. Pastikan setiap menu yang dihidang menepati ciri2 penjagaan kesihatan. Kurangkan makanan yg mempunyai kolesterol tinggi, elakkan makan dan minum manisan yg melebihi had. Selalunya musim perayaan ni ramai yang keluar masuk Hospital......jadi berhati2 untuk menjamah makanan.
Bagi yang suka bermain mercun pula......saya selalu lihat, dari sebelum tibanya Hari Raya......hinggalah dah lepas Raya, masih ramai yang suka main mercun. Jauhkan jarak mercun dengan kanak2.....bimbang akan terkena. Pemantauan pihak Polis harus diketatkan, begitu juga orang Awam.....mereka perlu bekerjasama memantau atau membanteras permainan mercun yang terampau atau yang diubah suai hingga boleh mencederakan diri dan juga orang lain.
"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"