ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN BHD

Saturday, August 28, 2010

PIRAMID MAKANAN SEDUNIA


CARTA PEMAKANAN YANG SIHAT

Makanan dibahagikan kepada 5 kumpulan utama yang diletakkan pada paras yang berbeza-beza di dalam Piramid Makanan Malaysia:
ARAS 1
Nasi, Mee, Bihun Roti, Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian (Diambil dalam sehari 8-12 sajian)
ARAS 2
Sayur-sayuran dan Buah-buahan (diambil dalam sehari 3-5 sajian)
ARAS 3
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang (diambil dalam sehari 2-3 sajian)
Susu dan Produk Tenusu
ARAS 4
Lemak, Minyak dan Gula (diambil dalam sehari 1-2 sajian)


Bagaimanakah yg dikatakan pemakanan yg sihat ? Jadual pemakanan umum ialah :
a) sarapan pagi (Breakfast) ,
b) tengahari ,
c) petang (tea break)
d) makan malam .

Setiap manusia didunia harus menuruti carta pemakanan yang sihat untuk menjaga kesihatan. Pastikan disetiap rumah mempunyai carta pemakanan sebagai panduan harian anda. Penting untuk anda mengetahui makanan yang mana harus dimakan terlalu banyak dan yang mana pula harus diambil dalam kandungan yang sedikit saja.
Disini saya kongsikan carta pemakanan ini untuk teman-teman yang melayari blog ini. Makanan yang seimbang adalah penting untuk menjaga kesihatan. Pastikan juga makanan harian yang diambil mempunyai serat, kerana serat penting untuk melawaskan sistem pembuangan kekotoran didalam kolon (usus). Setiap penyakit didalam badan adalah berpunca daripada Usus yang kotor serta pengambilan makanan yang tak menentu.
Pastikan juga makanan yang diambil setiap hari adalah yang segar dan baru. Kerana makanan yang baru mempunyai khasiat yang sangat tinggi. Makanan yang perlu dimasak pula, pastikan tidak terlalu lama diatas api....ini disebabkan segala zat dan khasiat akan hilang jika dimasak terlalu lama.
Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.....ini akan menyebabkan kolesterol yang tinggi......penting juga untuk anda mengambil minyak dalam kandungan yang sedikit. Makanan laut jangan ambil terlalu banyak cukup dalam kadar yang sederhana kerana ianya boleh menyebabkan alahan dan asid yang tinggi jika diamalkan selalu.
Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah digalakkan mengambil dalam kandungan yang banyak. ini disebabkan buah dan sayur mengandungi banyak vitamin, serat dan air. Begitu juga dengan sebarang jenis Ubi dan Bijirin kerana makanan ini mempunyai serat yang tinggi dan dapat membantu sistem pencernaan didalam tubuh.
Makanan yang harus dimakan lebih banyak seperti nasi, mee, roti dan sebagainya adalah digalakkan untuk membantu sistem imuniti didalam tubuh dan memberi tenaga. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk satu keluarga. Disamping itu jangan sekali anda lupa akan pengambilan air yang mencukupi untuk diri. Jika air tidak mencukupi didalam badan akan menyebabkan sembelit, sakit kepala dan boleh menyebabkan buah pinggang tidak berfungsi. Oleh itu setiap manusia digalakkan minum air 5 botol kecil mineral setiap hari untuk menjamin kesihatan yang sihat sepanjang zaman.

Semoga Semua Rakyat Malaysia Mengikuti Carta Pemakanan Yang Sihat Sepanjang Hari.



Monday, August 23, 2010

MEMBACA (ulat buku)





Kisah manusia ulat buku ni......sebenarnya mereka yg selalu tak lekang dari membaca. Kebaikkan membaca ni dapat mempengaruhi minda menjadi orang yang bijak dan celik Ilmu. Perbanyakkan membaca buku2 Panduan, Ilmiah keislaman, Kisah2 Nabi, Cerita Rakyat dan Kisah Benar.......semua itu mendorong kita untuk lebih matang dalam menilai kehidupan mendatang. Disamping itu membaca juga dapat menguatkan minda untuk berfikir dulu sebelum meluahkan perkataan.

tetapi.......ramai Remaja zaman sekarang suka kepada buku2 Novel yang berkisahkan Cinta, Putus Asa, Kecewa, Merana, Terlanjur Dosa dan juga kisah merampas kekasih.........buku2 yang begini bukan mendatangkan manfaat untuk minda.......malah merosakkan minda mereka, hingga terbawa2 hidup mereka seperti kisah didalam buku itu. Pengaruh daripada Novel Cinta dan movie banyak mendorong mereka cenderung kearah kehidupan sosial. Begitu juga kehidupan masyarakat barat banyak mempegaruhhi minda mereka mejejaki kehidupan yang melampaui batas.

Lagi pun bidang Celik Ilmu dan IT ini banyak dikuasai oleh orang bukan Melayu.........sedangkan anak Melayu yang berugama Islam kebanyakkannya masih leka dan terjerumus dikancah Maksiat, Judi, Rempit, Dadah, Membuang anak, Arak dan bermacam lagi. Tidak kurang juga ramainya anak Melayu yang masih sedar dari hanyut dibawa arus zaman.....dan mereka ini harus menjadi contoh kepada yang masih dibuai mimpi yang tak berakhir.

Jika kita tidak memulakan membaca dari peringkat awal......apa yang akan terjadi kepada Generasi akan datang? Haruskah kita semua duduk hanya mendengar, melihat dan berpeluk tubuh saja dengan setiap kejadian yang berleluasa ini? Sebenar Perpustakaan adalah bermula dari rumah. Wujudkan minat membaca juga dari rumah........insya'allah manusia maju kerana membaca.


Wednesday, August 18, 2010

SHARK CARTILAGE PLUS (ANTI KANSER)



Produk yg menggunakan rawan dari Ikan Yu ini telah terbukti utk mengubati berbagai jenis kanser seperti berikut:

1. Kanser Usus
2. Kanser Hati Dan Paru - Paru
3. Kanser payudara
4. Kanser prostat
5. Kanser Ovari/Rahim
6. Tumor di Kepala

Satu kajian telah dilakukan di sebuah hospital di Mexico terhadap 8 pengidap kanser yang gagal dengan kaedah perawatan moden dan tiada harapan untuk hidup menunjukkan 5 daripadanya sembuh sepenuhnya, 2 daripadanya sembuh 80% dan 1 tiada perubahan. Begitu juga dengan satu kajian di Belgium yang dilakukan pada tikus putih menunjukkan rawan ikan yu dapat menghentikan secara total pertumbuhan sel kanser.

Di Amerika Syarikat, rawan ikan yu dijadikan makanan dan minuman kepada para pengidap kanser di hospital dengan tujuan membantu pengubatan dan mencegah daripada berlakunya pertumbuhan sel tumor dalam badan.

Shark Cartilage Plus juga amat baik untuk penyakit-penyakit seperti berikut:-
1. Psoriasis
2. Eksema.
3. Athritis.
4. Masalah kulit gatal, kudis, dan pecah.
5. Penyakit lemah jantung.
6. Asma.
7. Tuberculosis atau Batuk kering.

Pengamal Shark Cartilage Plus ini akan mendapati berlaku keadaan dimana tubuh badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Ini merupakan satu keadaan biasa dan menunjukkan berlakunya DOC (Direction of Cure) dan teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

AIR BERKARBONATE RENDAH




Kini HPA maju kehadapan dengan mengeluarkan enam jenis perisa air berkarbonate yang rendah gas
dan halal dari sebarang campuran yang melibatkan alkohol.

antara perisa yang ada ialah Cola Radix, Strawberry, Sarsi, Oren, Ais Krim Soda dan Grape.

Kesemuanya datang dalam bentuk botol besar 1.5 liter dan botol kecil 500 ml.

setiap botol

besar dijual dengan harga RM 3.30 satu dan botol kecil dijual dengan harga RM 2.50 satu.

Untuk Ahli HPA pula harga botol besar RM 2.9 satu dan botol kecil RM 2.00 satu.

Boleh dijadikan hidangan jamuan Hari Raya atau kenduri.



Tuesday, August 17, 2010

TEPUNG GANDUM


Alhamdulillah.......HPA kini telah mengeluarkan tepung gandum yang bermutu tinggi, malah diperkayakan lagi dengan Vitamin B1, B2, Niasin dan Zat Besi.
Saya juga ingin mengucapkan Tahniah kepada semua Ahli HPA yang bijak memilih rangkaian HPA sebagai market untuk kita berbelanja. Lagi pun produk halal dituntut hingga ke akhirat.
Tepung Gandum Organik HPA dalam bungkusan dijual dengan harga RM 2.80 sekilo. Cukup memadai, kerana ia tiada bahan sampingan yang meragukan.

"Yang Baik Itu Jihad Kejalan Allah"

Monday, August 16, 2010

JAMINAN PRODUK HALAL






Alhamdulillah............HPA maju setapak lagi......
Bersamalah kita support produk Islam Malaysia.
Alangkah ruginya kita jadi umat Islam Malaysia, jika tidak menggunakan produk HALAL buatan orang Islam Malaysia. Bukankah Islam itu cantik......maka penyediaan produk buatan Islam yg di dahului dgn wuduk juga adalah baik dan terjamin akan halalnya.........
Jadi.......tiada sebab atau alasan untuk umat Islam Malaysia susah mencari barangan HALAL. Kerana barangan halal ada disekeliling anda. Ingat...! jika kita mengguna atau memakan barangan yang tidak halal, maka akan menjadi darah daging dan diri kita akan dihitung diakhirat kelak. Mahukah anda seluruh tubuh anda diselubungi makanan haram...?
Banyak lagi produk2 yg dikeluarkan dlm syarikat HPA.
Masihkah anda mahu mengguna produk yg tak HALAL diluar sana?
Apa tunggu lagi......?

'Tepuk Dada Tanyalah Selera"

Fahamilah akan satu kiasan....

Jika didepan anda ada jalan yang mempunyai simpang lebih daripada dua,
maka berhati-hatilah untuk membuat keputusan supaya jangan tersalah
memilih simpang untuk anda lalui......kerana jika telah jauh anda lalui, amat sukar
untuk anda berpatah balik dan akan sesat jalan.....

roselle.jpg (150×233) tujuangin.jpg (150×212)

Kapsul Roselle dan Herba Tuju Angin adalah rawatan yg amat baik pd tekanan (stress).
Kapsul Roselle dapat mengelakkan migrain, tekanan, kurang vitC, demam, selsema, jerawat dan boleh menyembuh luka dalaman jika ianya dijadikan amalan berterusan.

Setiap penyakit dlm diri adalah berpunca dari usus yg kotor dan kurangnya vitamin C dalam diri. Herba Tuju Angin juga boleh menghindarkan sifat amarah. Amalan pemakanan yg sihat dan pengambilan supplement yg betul dapat memberi kesempurnaan hidup seharian.

Jadikanlah......."Makanan sebagai ubatmu dan ubat sebagai makananmu"
Menjana kehidupan yg lebih sihat dgn produk HPA


Saturday, August 14, 2010

Langit Petang - Broery Marantika

PUASA

hari ni dah 4 hari berpuasa.......syukur rahmat Allah datang lagi.....
indah dibulan puasa nikmat yg dirasa.....pemberian Allah besar ganjarannya.......
yang penting, setiap kali berbuka cukup dgn makanan yg ala kadar saja.......
kerana Islam tidak menggalakkkan berlebihan.....itu membazir.....
sesungguhnya membazir itu adalah adik-beradik syaitan............