hidup seperti tanah yang lapang......jika tidak dihiasi dengan tanaman, maka tanah yang lapang akan gersang
Tuesday, December 21, 2010
WANITA DI USIA 40++
Jangan cepat menilai seseorang itu cantik hanya dari pandangan mata kasar. Nak tahu seseorang itu cantik, tunggu usianya mencecah 40++ dan lebih afdal lagi jika tanpa alat solek......boleh........? Jika dia pandai jaga badan dan penampilan serta akhlak, maka kita boleh kategorikan mereka sebagai Wanita yang cantik, apalagi jika seseorang Wanita itu keluar rumah dengan yakin tanpa alat solek yang mencacatkan lagi kecantikan asli semulajadi. Ini barulah boleh dikatakan "Wanita Melayu Terakhir".
Wanita yang berpakaian seperti tidak cukup kain (seksi) juga bukan tergolong dalam kategori Wanita Cantik. Wanita Cantik tidak semestinya berpakaian seksi........mereka yang dipandang Cantik adalah dari pada tutur kata, budi bahasa, menutup aurat dan hormat orang lain. Sebenarnya seksi seorang Wanita bukan terletak pada pakaian yang terdedah.......tapi dari segi pertuturan dan perbuatan, orang sudah dapat menilai seseorang. Dari itu, wahai Wanita semua.....alangkah ruginya jika anda memakai pakaian yang tidak cukup kain dan hampir telanjang kerana, tidak seorang pun Umat Muhammad yang memuji orang sebegini.....malahan anda akan dicela, dihina........malah lebih berat lagi Azab di Akhirat kelak.
Sedar-sedarlah wahai Wanita semua bahawa hidup kita hanya sementara........dan tiada gunanya kita mementingkan kecantikkan luaran saja.......sedangkan kecantikkan sebenar adalah dari dalam diri kita sendiri. Jaga pemakanan seharian, maka terjagalah kecantikkan Asli yang Allah anugerahkan. Jika anda menjaga 3 perkara iaitu....... Pemakanan, kebersihan dan kesihatan, pasti anda tidak segan mengata usia anda sudah 40++ didepan Umum. Harus ada keyakinan dan jangan takut pada usia 40++.......jika anda amalkan menjaga 3 perkara itu, maka tiada kedutan pada wajah dan tidak perlu untuk anda membuat pembedahan atau suntikan ubatan yang akan merosakan lagi molekul di wajah anda, dan jika ini terjadi.......jangan kekesalan menyelubungi diri. Jadilah Wanita yang tahu menutup aurat.....pasti anda menjadi Wanita yang tercantik di dunia dan Akhirat apalagi disisi Allah.
Ingatlah.......Allah melaknat orang merubah wajah yang telah dianugarahkan olehnya......terimalah seadanya dan yakinlah pada penampilan diri sendiri.
Monday, December 13, 2010
BOIKOT - MARI BERJUANG BERSAMA
Semua gambar yang diatas adalah perbandingan antara HPA dan Yahudi....
Ini bukan bermaksud untuk menghina mana-mana produk atau restoran. Tapi ini adalah untuk membuka mata bagi umat Islam keseluruhan untuk sama-sama membantu menjana ekonomi orang Islam.
Jika anda lihat diluar sana, terlalu banyak restoran yang dibuka sama ada yang Islam atau bukan Islam...ini dikatakan seperti Cendawan tumbuh. Tapi adakah anda tahu setiap restoran yang ingin anda masuk itu mempunyai makanan yang Halal? Sudah tentu restoran Islam itu Halal, tapi dari segi pembuatan dan pembelian barang makanan itu belum pasti, ini kerana barangan yang anda beli untuk memasak itu adalah dari kedai dan pasar yang berkemungkinan orang bukan Islam yang menjual....dan dikhuatiri ada bercampur dengan bahan yang tidak diingini. Dari segi kebersihan mungkin ianya bersih, tapi dari sudut keikhlasan hati untuk memasak, kita tidak tahu sama ada ikhlas atau ada rungutan.
Dari itu jika anda memilih untuk mengguna atau menikmati makanan Halal lagi suci.....maka jalan penyelesaiannya adalah produk dan restoran HPA. Ini kerana terdapat berbagai restoran dan halal mart yang boleh menjadi pilihan anda untuk membeli dan memasukinya. Dalam HPA, jika anda ingin membeli barangan keperluan harian dan dapur......maka anda boleh ke HPAic kerana disitu ada pasaraya HPA atau Halal Mart. Begitu juga, jika anda ingin menikmati makanan yang berbagai citarasa, maka HPA tidak akan menghampakan anda dengan berbagai pilihan restoran seperti...........
- Radix Fried Chicken
- Radix Bakery House
- Radix Oriental Cuisine
- Radix Chicken House
- Radix Pizza House
Inilah masa untuk sama-sama kita boikot barangan Yahudi sedikit demi sedikit. Alangkah ruginya kita sebagai Umat Islam jika tidak menggunakan barangan Halal yang sudah pasti didepan mata. Bukankah mencari yang Halal itu Fardu bagi Umat Islam? Jadi mengapa ditunggu lagi....? Apakah anda sanggup membiarkan sisa-sisa yang tidak Halal memasuki tubuh anda menjadi darah daging? Dari itu bangunlah wahai Umat Islam semua untuk memboikot barangan Yahudi yang telah merosakkan minda ornag Islam sehingga menjadi huru hara dan kucar kacir.
Kasihanilah anak-anak kita seadanya......kerana mereka adalah pewaris generasi Islam dan bangsa, maka makanan Halal adalah penting untuk menjadikan minda dan sikap MANUSIA menjadi cemerlang. Dari itu jadilah Manusia yang bijak memilih Produk yang akan anda gunakan seharian. Fikirlah sendiri apa akibatnya jika sentiasa menggunakan barangan Yahudi. Masihkah kita mahu mengguna atau "Boikot"
SAYANGI KELUARGA DAN ANAK-ANAK DENGAN MEMBOIKOT BARANGAN YAHUDI
Marilah bersama-sama dengan saya memboikot barangan yahudi
Email saya di :- ladyartpurple@yahoo.com
Thursday, December 9, 2010
KHINZIR DAN PRODUK SEHARIAN ANDA
KINZIR DAN BAHANNYA
Pernahkah anda terfikir Produk yang digunakan setiap hari sama ada dalam makanan, pakaian dan barangan kosmetik semua melibatkan dari Kinzir. Kebanyakkan dari kita semua tidak pernah mengambil tahu akan kegunaan harian kita, adakah ia Halal atau sebaliknya. Pastikan setiap barang makanan yg akan dibeli, diselidiki dahulu isi kandungannya. Dikhuatiri akan ada campuran yang tak diingini pada barang yang kita ingin beli. Jangan ambil mudah sahaja dengan setiap barangan yang kita beli. Harus mengikut etika dalam Islam, kerana ia melibatkan darah daging yang mengalir ketubuh badan kita.
Seperti dalam carta yang saya tunjukkan diatas, ia adalah sebahagian dari barang yang mengandungi unsur Kinzir. Oleh itu kita harus berhati-hati dengan semua produk yang berada dipasaran, ini kerana kebanyakkan produk yang dipasaran adalah dari negara luar dan buatan bukan Islam. Setiap label yang berada pada produk harus diteliti dahulu kandungannya. Gelatin haiwan atau whey kebanyakan daripada kinzir.
Carta diatas sebagai panduan untuk anda jadikan petunjuk setiap kali membeli barangan diluar. Keperihatinan anda adalah penyelamat Islam seluruh dunia dan keluarga. Makanan yang halal adalah menjamin kesihatan, minda dan tingkah laku setiap individu.
"Sampaikan pesanku walau sebaris ayat sekali pun"
Ini adalah untuk umat Islam sejagat.
Subscribe to:
Posts (Atom)