Amalkan makan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan dari dalam. Ikut sunnah Nabi....makan Kurma, Madu Asli, Kismis, Habbatus Sauda, Za'faran. Jika kita amalkan makan cara sihat dan mengikut etika halal, pasti tiada kesan sampingan seperti penyakit kronik, muka berkedut, badan rasa letih dan berbagai lagi. Bukan saja dari segi makanan yang harus kita jaga, malahan senaman serta solat juga dapat membantu menjamin kesihatan yang baik.
Disini saya ada sedikit petua yang akan dikongsikan pada pembaca diruangan ini. Petua ini saya amalkan sejak kecil lagi.....dan ia baik untuk diamal oleh semua orang terutama dimasa usia remaja. Amalan yang saya selalu buat sejak kecil adalah......sebelum memulakan makan sesuatu, saya akan dahulukan dengan air suam. Saya selalu memakan ulam mentah setiap kali makan nasi dan semasa makan saya tidak selangkan dengan minuman. Selepas makan pula saya akan tunggu 2-5 minit baru minum air masak atau suam. Saya juga tidak meminum air batu kerana ia tidak baik untuk kesihatan, dan jika sesekali baru saya akan minum air batu. Amalkan minum air suam putih setiap hari kerana dalam badan kita memerlukan 10-12 gelas air putih sehari. Disini saya nak ingatkan pada anda semua....bahawa jangan terlalu banyak makan kerana ia boleh merosakkan kesihatan. Amalkan..."makan jika lapar dan berhenti sebelum kenyang."
Jika anda bangun dari tidur jangan bangun mengejut, kerana ini tidak baik untuk kesihatan jantung. Bangun perlahan dalam keadaan mengiring kerana ia baik untuk menjaga buah pinggang. Setiap pagi dan petang saya akan mencuci muka dengan membaca selawat keatas nabi sebanyak 3x dan setiap perbuatan semua saya dahulukan dengan baca Bismillah. Mencuci muka dengan berselawat dapat membantu wajah awet muda dan tak perlu menggunakan produk yang mahal hingga menyebabkan alergi pada kulit wajah.......atau merubah wajah.....atau guna make up tebal nak cover wajah yang berkedut. make up tebal bukan memperlihatkan wajah yang sempurna, malahan menambahkan kerosakan pada liang roma dan kulit. Jika memilih produk harus berhati2 dan bersesuaian dengan kulit wajah anda.
Dari segi tidur juga memainkan peranan pada kecantikan wajah. Tidur untuk orang dewasa cukup sekadar 5 jam sahaja.......tapi tidur yang menjamin kesihatan dan kecantikan adalah 8 jam sehari.....jika anda tidur melebihi 8 jam, maka jangan gelisah jika wajah cepat tua dan berkedut malah akan membuat diri menjadi pemalas dan letih. Saya juga tidak biasa tidur siang kecuali letih yang melampau hingga saya terpaksa tidur dalam lingkungan 1/2- 1 jam saja. Cukup sekadar menghilangkan rasa penat atau mengantuk. Tidak ada perkataan "tidak cukup tidur" pada semua orang jika kita pandai membahagikan masa......jangan terlalu banyak tidur, kerana tidur boleh merosak tisu2 dalam badan hingga menyebabkan lemah dan senang dihinggapi penyakit.
Setiap umat Islam seluruh dunia seharusnya mendirikan solat.....kerana solat itu tiang Agama. Solat juga membantu dari segi kesihatan dan awet muda. Setiap kali kita berwuduk ia dapat membantu menganjalkan kulit wajah dan air wuduk juga dapat memberi keceriaan pada wajah seseorang. Selepas solat juga adalah lebih baik mengamalkan membaca Al-Quran walau pun satu muka surat setiap kali solat. Ini dapat membantu kita Khatam Al-quran sekali setahun dan dapat juga menolong kita dialam Barzakh kelak. Orang yang membaca Al-Quran akan berseri wajahnya tanpa perlu bersusah untuk berhias.....kerana..... "sebaik2 perhiasan didunia adalah Wanita Solehah."
Untuk menjamin kesihatan sempurna.......amalkan memakan buah-buahan segar, sayur.sayuran segar, ulam-ulaman segar, protien, serat, vitamin C, zat besi, karbohidrat, susu segar dan minum air masak setiap hari. Saya selalu amalkan makan "supplement" untuk menjamin kesihatan dalaman kemudian hari dan juga untuk tenaga berpanjangan supaya dapat menjalankan amalan setiap hari. Untuk menjamin kesihatan yang sihat luar dan dalam juga, kita perlu membuat senaman ringan supaya badan tidak lemah dan menjadi malas. Senaman juga boleh membantu mengeluarkan toksid melalui peluh.....jika toksid banyak terkumpul akan menyebabkan penyakit lain pula.
Bagi anda yang ingin menjana minda supaya tidak menjadi tumpul.....harus minat pada buku. Sekali kita membaca, otak akan menjadi aktif dan kita akan menjadi orang bijak untuk berfikir sebelum berkata. Pertuturan juga penting untuk menjaga kesihatan dan wajah. Jika kita tersilap atau menyinggung perasaan kawan melalui kata, akan memburukan lagi keadaan dan ini menyebabkan timbul kemarahan......dan marah boleh mengakibatkan seseorang itu kelihatan cepat tua dan mendatangkan penyakit. Dari itu saya selalu menjaga tutur kata dan ini memang telah diajar oleh kedua orang tua saya supaya selalu beringat sebelum memulakan bicara.....dan kita juga harus selalu memohon maaf dan merendahkan diri. Tidak rugi jika kita belajar walau pun kita pandai atau bijak......kerana "Ilmu itu perlu dicari bukan diwarisi."
Sentiasa bersangka baik pada semua orang dan bersikap jujur, amanah, lemah lembut, jaga tutur bicara, bersopan, senyum, ikhlas, merendah diri, sentiasa memaaf, jaga persahabatan,jaga perasaan kawan dan cepat memohon maaf. Jangan sekali amalkan perasaan hasad dengki, tamak, membohong, mencuri, menganiaya, menghasut, melaga2, bercakap kosong, buang masa, kuat tidur, kuat makan dan mengutuk. Semua perbuatan yang saya sebut ni ada kaitan dan memainkan peranan pada wajah dan dalam diri kita. Dari itu nilaikan setiap kehidupan kita dengan banyak berzikir dan mengingati Allah. Saya cukup takut jika ada kawan2 yang tersinggung dengan perkataan yang dipertuturkan. Itu sebab saya suka meminta maaf sebelum orang memaafkan saya.
Saya selalu mengamalkan makan vitamin C dari buah Roselle.....kerana ia menjamin kesihatan dan kulit wajah untuk kekal muda dan bersih tanpa cela seperti jerawat. saya juga amalkan meminum air suam setiap hari dan dimana saja agar badan sentiasa segar dan kulit tidak kendur. untuk wajah yang anjal pula, amalkan cuci muka dengan mendahului selawat 3x....dan setiap seminggu sekali gunakan putih telur ayam kampung campur madu asli, sapu seluruh muka....bila kering baru dicuci bersih. Untuk mengelak uban tumbuh diusia muda.....saya amalkan sapu seluruh rambut dengan minyak kelapa hijau atau minyak zaitun diusia remaja....boleh juga guna santan atau air batang pisang yang diembun semalaman. Yang paling penting kita jangan sombong dan bangga hingga riak memakan diri dengan wajah yang Allah kurniakan kerana setiap wajah adalah pinjaman dari Allah untuk kita.
Bila usia dah menjangkau 40an.....lagi cerewet untuk saya menjaga kesihatan terutamanya berkenaan makanan. Saya selalu mengamalkan supplement penting untuk mengelak penyakit diusia ini. Saya amalkan minum rebusan Fisalin B (HPA produk) setiap 6 bulan sekali untuk mengelak barah.....Vitamin C dari Roselle (HPA produk) untuk mengelak dari demam selesema dan kulit kering. Herba Tuju Angin (HPA produk) untuk mengelakan angin berlebihan dalam badan....Habbatus Sauda (HPA produk) untuk kekal kesihatan seperti amalan Nabi.....Kopi Radix (HPA produk) minuman kesihatan setiap pagi kerana ia penuh dengan vitamin C.....Moment (HPA produk) untuk mencuci rahim dan kotoran dalaman Wanita untuk mengelak penyakit jika monopous kelak....Kismis Minda (HPA produk) untuk menjana minda sentiasa bijak.....Coscinium Plus (HPA produk) untuk menghilangkan resdung. Semua yang saya amalkan dari produk HPA ini adalah untuk....."Jadikan ubat sebagai makanan dan rawat sebelum sakit.." Apa yang penting untuk kita semua adalah selalu bersyukur dengan apa yang Allah beri.
Ini adalah sebahagian dari amalan saya.....bukan niat saya untuk meminta anda meniru tapi sekadar kongsi apa yang saya amalkan. moga dapat jadikan panduan jika ia perlu. Jika ada diantara anda yang ingin mengamalkan supplement penting boleh emeil pada saya di ladyartpurple@yahoo.com dan tanya apa saja yang ingin tahu.
Kekalkan kecantikan semulajadi dan peribadi mulia kita dengan memakai pakaian sopan dan menutup aurat....kerana pakaian yang menutup aurat dituntut dalam Islam. Wanita akan lebih cantik jika berpakaian lengkap daripada yang berpakaian tapi seperti tidak berpakaian. Renung-renungkanlah setiap bait kata yang saya luahkan......dan disini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ruang blog ini ada menyinggung mana2 pihak.
Gambar2 ni bukanlah niat nak menunjuk2 atau membanggakan diri yang tak seberapa ni, tapi ni lah wajah saya dari dulu dan kini....saya tidak menipu tapi inilah yang sebenar dan ke-empat2 gambar ni adalah diri saya sendiri. Jangan salah anggap dengan gambar yang saya paparkan ini....kerana ianya hanya sekadar jadikan panduan pada teman2 saja. Lagi pun lain orang lain cara petuanya. Insya'allah.....buat masa ni kesihatan dan diri masih teguh lagi.....moga berkekalan hingga hujung nyawaku.....Amin...!
No comments:
Post a Comment