ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN BHD

Wednesday, April 6, 2011

MEROKOK - SAMPAI BILA....?


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat Athmatic
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Seorang pengkaji Universiti Oxford, Dr. Richard Peto, telah menganggarkan bahawa merokok bertanggungjawab menyebabkan kematian kepada tiga (3) juta orang setahun di seluruh dunia dan dijangkakan dalam masa 30 tahun lagi, lebih daripada 10 juta orang akan mati kebanyakannya daripada negara-negara membangun. Ramalan-ramalan seumpama ini telah banyak diutarakan dan kesannya kepada negara-negara maju begitu nyata sekali. Misalnya di Amerika Syarikat sahaja penggunaan rokok telah dikatakan menurun sejak lima belas (15) tahun yang lalu. Namun di negara-negara dunia ketiga khasnya, trend seumpama ini masih belum dapat dikesan. Di Malaysia, kadar penggunaan rokok adalah dianggarkan 2,000 batang setahun bagi setiap dewasa, berbanding dengan Indonesia 1,050 batang, Thailand 900 batang dan Vietnam 670 batang. Malah kita sering terbaca bahawa lebih ramai remaja dan muda-mudi kita terutamanya yang beragama Islam melibatkan diri dengan tabiat merokok. Keadaan seumpama ini menjadi lebih ketara lagi kerana baru-baru ini terdapat satu laporan yang menunjukkan negara-negara maju terus menggalakkan eksport tembakau mereka ke negara-negara lain di seluruh dunia (Laporan Akhbar Herald International Tribune, Nov. 18, 1996). Oleh kerana kesedaran yang begitu rendah di kebanyakan negara ini, tabiat merokok di kalangan warganegara masing-masing terus meningkat kepada tahap yang membimbangkan.

Tembakau, Kesihatan dan Islam: Apa kesudahannya?

Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. “Bezakan dirimu dari kaum Musyrikin” ( Al-Bukhari & Muslim)
2. “Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-         
      Ikut kaum Yahudi dan Nashrani ” ( At-Tirmidzi )
3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dari golongan itu” (Abu Daud)
Fatwa tentang merokok dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke-37 pada 23 Mac 1995 lalu. Fatwa ini disambut dengan begitu dingin sekali kerana rata-rata masih ramai orang Islam khasnya tidak mengetahui tentang wujudnya fatwa tersebut. Oleh yang demikian tabiat merokok semakin berleluasa walaupun kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk membasmi tabiat yang hodoh ini di kalangan warga negara ini. Kedinginan hebahan fatwa ini perlu diperbaiki segera sekiranya orang-orang Islam khasnya perihatin tentang kedudukan ummah terutama sekali di kalangan kaum remaja.
Fawta yang memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram merupakan langkah permulaan yang amat baik. Malangnya usaha murni ini seolah-olah tidak berkecapaian. Perlaksanaannya terbengkalai sebegitu lama dan tidak menampakkan apa-apa tindak tanduk yang sistematik dalam memperkenalkannya kepada masyarakat Islam khasnya. Suara-suara sumbang telah mula kedengaran agar fatwa ini ditimbang semula.
Sumber: http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/1997/penawa13.html#TEMBAKAU

No comments:

Post a Comment