ANAK SYARIKAT HPA INDUSTRIES SDN BHD

Sunday, July 15, 2012

Nutritional Shake Mix
Our Nutritional Shake Mix (or simply, shake) is a key part of Herbalife ShapeWorks inner nutrition product. This is designed by Dr. Sat Paul Dewan, who identified 84 of the nutrition elements in space food for the astronauts in some NASA space projects.  This high quality, low calorie nutritious pure food is specially formulated with an exclusive blend of soy isolate, casein, proteins, 24 essential vitamins & minerals, essential fatty acids, herbs, and essential nutrients.  This provides 19 amino acids including the nine essential amino acids that our body needs but does not produce by itself.  This also provides anti-oxidants that help our body fight disease-causing free radicals.
Our shake has soy isolate.  Soy protein isolate is the most highly refined or purified form of soy protein.  It contains about 90% protein.  It is a highly digestible source of amino acids, which are protein building blocks essential for human health.  It is low in fat, calories, and cholesterol.  With no or negligible purine substance, it does not cause uric acid level to increase beyond normal level.  It cannot cause gout or arthritis.

Wednesday, April 6, 2011

MEROKOK - SAMPAI BILA....?


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat Athmatic
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
Seorang pengkaji Universiti Oxford, Dr. Richard Peto, telah menganggarkan bahawa merokok bertanggungjawab menyebabkan kematian kepada tiga (3) juta orang setahun di seluruh dunia dan dijangkakan dalam masa 30 tahun lagi, lebih daripada 10 juta orang akan mati kebanyakannya daripada negara-negara membangun. Ramalan-ramalan seumpama ini telah banyak diutarakan dan kesannya kepada negara-negara maju begitu nyata sekali. Misalnya di Amerika Syarikat sahaja penggunaan rokok telah dikatakan menurun sejak lima belas (15) tahun yang lalu. Namun di negara-negara dunia ketiga khasnya, trend seumpama ini masih belum dapat dikesan. Di Malaysia, kadar penggunaan rokok adalah dianggarkan 2,000 batang setahun bagi setiap dewasa, berbanding dengan Indonesia 1,050 batang, Thailand 900 batang dan Vietnam 670 batang. Malah kita sering terbaca bahawa lebih ramai remaja dan muda-mudi kita terutamanya yang beragama Islam melibatkan diri dengan tabiat merokok. Keadaan seumpama ini menjadi lebih ketara lagi kerana baru-baru ini terdapat satu laporan yang menunjukkan negara-negara maju terus menggalakkan eksport tembakau mereka ke negara-negara lain di seluruh dunia (Laporan Akhbar Herald International Tribune, Nov. 18, 1996). Oleh kerana kesedaran yang begitu rendah di kebanyakan negara ini, tabiat merokok di kalangan warganegara masing-masing terus meningkat kepada tahap yang membimbangkan.

Tembakau, Kesihatan dan Islam: Apa kesudahannya?

Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. “Bezakan dirimu dari kaum Musyrikin” ( Al-Bukhari & Muslim)
2. “Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-         
      Ikut kaum Yahudi dan Nashrani ” ( At-Tirmidzi )
3. “Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dari golongan itu” (Abu Daud)
Fatwa tentang merokok dikeluarkan oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Ke-37 pada 23 Mac 1995 lalu. Fatwa ini disambut dengan begitu dingin sekali kerana rata-rata masih ramai orang Islam khasnya tidak mengetahui tentang wujudnya fatwa tersebut. Oleh yang demikian tabiat merokok semakin berleluasa walaupun kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk membasmi tabiat yang hodoh ini di kalangan warga negara ini. Kedinginan hebahan fatwa ini perlu diperbaiki segera sekiranya orang-orang Islam khasnya perihatin tentang kedudukan ummah terutama sekali di kalangan kaum remaja.
Fawta yang memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram merupakan langkah permulaan yang amat baik. Malangnya usaha murni ini seolah-olah tidak berkecapaian. Perlaksanaannya terbengkalai sebegitu lama dan tidak menampakkan apa-apa tindak tanduk yang sistematik dalam memperkenalkannya kepada masyarakat Islam khasnya. Suara-suara sumbang telah mula kedengaran agar fatwa ini ditimbang semula.
Sumber: http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/1997/penawa13.html#TEMBAKAU

Thursday, January 27, 2011

MARI AMALKAN PETUA


Amalkan makan makanan yang sihat untuk menjaga kesihatan dari dalam. Ikut sunnah Nabi....makan Kurma, Madu Asli, Kismis, Habbatus Sauda, Za'faran. Jika kita amalkan makan cara sihat dan mengikut etika halal, pasti tiada kesan sampingan seperti penyakit kronik, muka berkedut, badan rasa letih dan berbagai lagi. Bukan saja dari segi makanan yang harus kita jaga, malahan senaman serta solat juga dapat membantu menjamin kesihatan yang baik.

Disini saya ada sedikit petua yang akan dikongsikan pada pembaca diruangan ini. Petua ini saya amalkan sejak kecil lagi.....dan ia baik untuk diamal oleh semua orang terutama dimasa usia remaja. Amalan yang saya selalu buat sejak kecil adalah......sebelum memulakan makan sesuatu, saya akan dahulukan dengan air suam. Saya selalu memakan ulam mentah setiap kali makan nasi dan semasa makan saya tidak selangkan dengan minuman. Selepas makan pula saya akan tunggu 2-5 minit baru minum air masak atau suam. Saya juga tidak meminum air batu kerana ia tidak baik untuk kesihatan, dan jika sesekali baru saya akan minum air batu. Amalkan minum air suam putih setiap hari kerana dalam badan kita memerlukan 10-12 gelas air putih sehari. Disini saya nak ingatkan pada anda semua....bahawa jangan terlalu banyak makan kerana ia boleh merosakkan kesihatan. Amalkan..."makan jika lapar dan berhenti sebelum kenyang."

Jika anda bangun dari tidur jangan bangun mengejut, kerana ini tidak baik untuk kesihatan jantung. Bangun perlahan dalam keadaan mengiring kerana ia baik untuk menjaga buah pinggang. Setiap pagi dan petang saya akan mencuci muka dengan membaca selawat keatas nabi sebanyak 3x dan setiap perbuatan semua saya dahulukan dengan baca Bismillah. Mencuci muka dengan berselawat dapat membantu wajah awet muda dan tak perlu menggunakan produk yang mahal hingga menyebabkan alergi pada kulit wajah.......atau merubah wajah.....atau guna make up tebal nak cover wajah yang berkedut. make up tebal bukan memperlihatkan wajah yang sempurna, malahan menambahkan kerosakan pada liang roma dan kulit. Jika memilih produk harus berhati2 dan bersesuaian dengan kulit wajah anda.

Dari segi tidur juga memainkan peranan pada kecantikan wajah. Tidur untuk orang dewasa cukup sekadar 5 jam sahaja.......tapi tidur yang menjamin kesihatan dan kecantikan adalah 8 jam sehari.....jika anda tidur melebihi 8 jam, maka jangan gelisah jika wajah cepat tua dan berkedut malah akan membuat diri menjadi pemalas dan letih. Saya juga tidak biasa tidur siang kecuali letih yang melampau hingga saya terpaksa tidur dalam lingkungan 1/2- 1 jam saja. Cukup sekadar menghilangkan rasa penat atau mengantuk. Tidak ada perkataan "tidak cukup tidur" pada semua orang jika kita pandai membahagikan masa......jangan terlalu banyak tidur, kerana tidur boleh merosak tisu2 dalam badan hingga menyebabkan lemah dan senang dihinggapi penyakit.

Setiap umat Islam seluruh dunia seharusnya mendirikan solat.....kerana solat itu tiang Agama. Solat juga membantu dari segi kesihatan dan awet muda. Setiap kali kita berwuduk ia dapat membantu menganjalkan kulit wajah dan air wuduk juga dapat memberi keceriaan pada wajah seseorang. Selepas solat juga adalah lebih baik mengamalkan membaca Al-Quran walau pun satu muka surat setiap kali solat. Ini dapat membantu kita Khatam Al-quran sekali setahun dan dapat juga menolong kita dialam Barzakh kelak. Orang yang membaca Al-Quran akan berseri wajahnya tanpa perlu bersusah untuk berhias.....kerana..... "sebaik2 perhiasan didunia adalah Wanita Solehah."

Untuk menjamin kesihatan sempurna.......amalkan memakan buah-buahan segar, sayur.sayuran segar, ulam-ulaman segar, protien, serat, vitamin C, zat besi, karbohidrat, susu segar dan minum air masak setiap hari. Saya selalu amalkan makan "supplement" untuk menjamin kesihatan dalaman kemudian hari dan juga untuk tenaga berpanjangan supaya dapat menjalankan amalan setiap hari. Untuk menjamin kesihatan yang sihat luar dan dalam juga, kita perlu membuat senaman ringan supaya badan tidak lemah dan menjadi malas. Senaman juga boleh membantu mengeluarkan toksid melalui peluh.....jika toksid banyak terkumpul akan menyebabkan penyakit lain pula.

Bagi anda yang ingin menjana minda supaya tidak menjadi tumpul.....harus minat pada buku. Sekali kita membaca, otak akan menjadi aktif dan kita akan menjadi orang bijak untuk berfikir sebelum berkata. Pertuturan juga penting untuk menjaga kesihatan dan wajah. Jika kita tersilap atau menyinggung perasaan kawan melalui kata, akan memburukan lagi keadaan dan ini menyebabkan timbul kemarahan......dan marah boleh mengakibatkan seseorang itu kelihatan cepat tua dan mendatangkan penyakit. Dari itu saya selalu menjaga tutur kata dan ini memang telah diajar oleh kedua orang tua saya supaya selalu beringat sebelum memulakan bicara.....dan kita juga harus selalu memohon maaf dan merendahkan diri. Tidak rugi jika kita belajar walau pun kita pandai atau bijak......kerana "Ilmu itu perlu dicari bukan diwarisi."

Sentiasa bersangka baik pada semua orang dan bersikap jujur, amanah, lemah lembut, jaga tutur bicara, bersopan, senyum, ikhlas, merendah diri, sentiasa memaaf, jaga persahabatan,jaga perasaan kawan dan cepat memohon maaf. Jangan sekali amalkan perasaan hasad dengki, tamak, membohong, mencuri, menganiaya, menghasut, melaga2, bercakap kosong, buang masa, kuat tidur, kuat makan dan mengutuk. Semua perbuatan yang saya sebut ni ada kaitan dan memainkan peranan pada wajah dan dalam diri kita. Dari itu nilaikan setiap kehidupan kita dengan banyak berzikir dan mengingati Allah. Saya cukup takut jika ada kawan2 yang tersinggung dengan perkataan yang dipertuturkan. Itu sebab saya suka meminta maaf sebelum orang memaafkan saya.

Saya selalu mengamalkan makan vitamin C dari buah Roselle.....kerana ia menjamin kesihatan dan kulit wajah untuk kekal muda dan bersih tanpa cela seperti jerawat. saya juga amalkan meminum air suam setiap hari dan dimana saja agar badan sentiasa segar dan kulit tidak kendur. untuk wajah yang anjal pula, amalkan cuci muka dengan mendahului selawat 3x....dan setiap seminggu sekali gunakan putih telur ayam kampung campur madu asli, sapu seluruh muka....bila kering baru dicuci bersih. Untuk mengelak uban tumbuh diusia muda.....saya amalkan sapu seluruh rambut dengan minyak kelapa hijau atau minyak zaitun diusia remaja....boleh juga guna santan atau air batang pisang yang diembun semalaman. Yang paling penting kita jangan sombong dan bangga hingga riak memakan diri dengan wajah yang Allah kurniakan kerana setiap wajah adalah pinjaman dari Allah untuk kita.

Bila usia dah menjangkau 40an.....lagi cerewet untuk saya menjaga kesihatan terutamanya berkenaan makanan. Saya selalu mengamalkan supplement penting untuk mengelak penyakit diusia ini. Saya amalkan minum rebusan Fisalin B (HPA produk) setiap 6 bulan sekali untuk mengelak barah.....Vitamin C dari Roselle (HPA produk) untuk mengelak dari demam selesema dan kulit kering. Herba Tuju Angin (HPA produk) untuk mengelakan angin berlebihan dalam badan....Habbatus Sauda (HPA produk) untuk kekal kesihatan seperti amalan Nabi.....Kopi Radix (HPA produk) minuman kesihatan setiap pagi kerana ia penuh dengan vitamin C.....Moment (HPA produk) untuk mencuci rahim dan kotoran dalaman Wanita untuk mengelak penyakit jika monopous kelak....Kismis Minda (HPA produk) untuk menjana minda sentiasa bijak.....Coscinium Plus (HPA produk) untuk menghilangkan resdung. Semua yang saya amalkan dari produk HPA ini adalah untuk....."Jadikan ubat sebagai makanan dan rawat sebelum sakit.." Apa yang penting untuk kita semua adalah selalu bersyukur dengan apa yang Allah beri.

Ini adalah sebahagian dari amalan saya.....bukan niat saya untuk meminta anda meniru tapi sekadar kongsi apa yang saya amalkan. moga dapat jadikan panduan jika ia perlu. Jika ada diantara anda yang ingin mengamalkan supplement penting boleh emeil pada saya di ladyartpurple@yahoo.com dan tanya apa saja yang ingin tahu.

Kekalkan kecantikan semulajadi dan peribadi mulia kita dengan memakai pakaian sopan dan menutup aurat....kerana pakaian yang menutup aurat dituntut dalam Islam. Wanita akan lebih cantik jika berpakaian lengkap daripada yang berpakaian tapi seperti tidak berpakaian. Renung-renungkanlah setiap bait kata yang saya luahkan......dan disini saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ruang blog ini ada menyinggung mana2 pihak.

Gambar2 ni bukanlah niat nak menunjuk2 atau membanggakan diri yang tak seberapa ni, tapi ni lah wajah saya dari dulu dan kini....saya tidak menipu tapi inilah yang sebenar dan ke-empat2 gambar ni adalah diri saya sendiri. Jangan salah anggap dengan gambar yang saya paparkan ini....kerana ianya hanya sekadar jadikan panduan pada teman2 saja. Lagi pun lain orang lain cara petuanya. Insya'allah.....buat masa ni kesihatan dan diri masih teguh lagi.....moga berkekalan hingga hujung nyawaku.....Amin...!

Friday, January 21, 2011

KETIADAAN PRODUK HPA.....SUSAHLAH...!




Alahai HPA.....! kenapalah selalu sangat barang HPA putus produk....? Dowline dan pelanggan tetap selalu bersungut......"bila order jer barang takder".....saya pun buntu, yang saya jawab......"sebab barang HPA terkenal diserata tempat.....makanya produk tak cukup2....cepat habis...." ramai yang mengeluh.....mereka mengatakan produk HPA memang bagus tapi susah dapat. Saya sendiri dah terputus produk yang saya amalkan selalu, selama sebulan.......merata saya cari....semua mengatakan dah habis....!

Ikutkan hati rasa nak tanam jer pokok Roselle ditepi rumah yang sekangkang kera tu. Saya memang amalkan kapsul Roselle setiap hari....produk tu pulak yang takder....? Kalau Kopi Radix tak payah cakaplah.....memang kejap ada, kejap takder......macam biskut lah pulak yer.....! Kopi Radix dah jadi minuman rutin saya sekeluarga.......tapi bila terputus selama seminggu atau lebih, dah rasa fed up.....! Nak buat macamana....terpaksa tunggu ler. Kerana nak memajukan produk Islam, saya kena tunggu walau pun dah kehabisan stok. Bagaimana dengan kawan2 saya yang lain...? Jangan sampai mereka beralih arah pada produk jenama lain dah lah....! Sikap manusia ni kadang2 kita tak menduganya.....mereka mudah mengalah.

Harap pihak Syarikat HPA dapat memantau dan membuat sesuatu yang boleh menampung semua produk HPA yang selalu digunakan oleh orang ramai. Diharap juga perbanyakkan produk yang selalu kehabisan agar tidak terputus produk......ini adalah untuk kepuasan Pelanggan agar mereka tidak lari. Produk yang kurang mendapat perhatian, diharap kurangkan pengeluaran....itu pun jika perlu.

Saya mohon maaf kiranya pendapat saya ini telah membuat Pihak Syarikat berkecil hati atau sebaliknya. Saya yakin dengan Produk HPA dan harap semua Produk sentiasa ada dipasaran tanpa terputus keperluan.

"Maju HPA untuk Umat Islam....HPA Boleh..."


Sunday, December 26, 2010

I got my background at ZingerBug.com

Tuesday, December 21, 2010

WANITA DI USIA 40++


Wahai Wanita, janganlah malu mengaku usia dah mencecah 40++. Tahukah anda.....Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Khadijah semasa usia Siti Khadijah 40 tahun. Sepatutnya anda berbangga di usia ini, kerana........kecantikkan asli seorang Wanita itu terserlah apabila menjangkau diusia 40++. Jangan mudah mengaku atau mengatakan seseorang itu cantik semasa usianya masih remaja atau belum berumahtangga. Cuba kita lihat disekeliling, ramai yang belum berkahwin akan dikatakan cantik.....tapi bila dah berumahtangga, kenapa "Hampeh"? Saya menulis ini pun atas dasar cerita benar yang memang terjadi dalam masyarakat sekeliling.

Jangan cepat menilai seseorang itu cantik hanya dari pandangan mata kasar. Nak tahu seseorang itu cantik, tunggu usianya mencecah 40++ dan lebih afdal lagi jika tanpa alat solek......boleh........? Jika dia pandai jaga badan dan penampilan serta akhlak, maka kita boleh kategorikan mereka sebagai Wanita yang cantik, apalagi jika seseorang Wanita itu keluar rumah dengan yakin tanpa alat solek yang mencacatkan lagi kecantikan asli semulajadi. Ini barulah boleh dikatakan "Wanita Melayu Terakhir".

Wanita yang berpakaian seperti tidak cukup kain (seksi) juga bukan tergolong dalam kategori Wanita Cantik. Wanita Cantik tidak semestinya berpakaian seksi........mereka yang dipandang Cantik adalah dari pada tutur kata, budi bahasa, menutup aurat dan hormat orang lain. Sebenarnya seksi seorang Wanita bukan terletak pada pakaian yang terdedah.......tapi dari segi pertuturan dan perbuatan, orang sudah dapat menilai seseorang. Dari itu, wahai Wanita semua.....alangkah ruginya jika anda memakai pakaian yang tidak cukup kain dan hampir telanjang kerana, tidak seorang pun Umat Muhammad yang memuji orang sebegini.....malahan anda akan dicela, dihina........malah lebih berat lagi Azab di Akhirat kelak.

Sedar-sedarlah wahai Wanita semua bahawa hidup kita hanya sementara........dan tiada gunanya kita mementingkan kecantikkan luaran saja.......sedangkan kecantikkan sebenar adalah dari dalam diri kita sendiri. Jaga pemakanan seharian, maka terjagalah kecantikkan Asli yang Allah anugerahkan. Jika anda menjaga 3 perkara iaitu....... Pemakanan, kebersihan dan kesihatan, pasti anda tidak segan mengata usia anda sudah 40++ didepan Umum. Harus ada keyakinan dan jangan takut pada usia 40++.......jika anda amalkan menjaga 3 perkara itu, maka tiada kedutan pada wajah dan tidak perlu untuk anda membuat pembedahan atau suntikan ubatan yang akan merosakan lagi molekul di wajah anda, dan jika ini terjadi.......jangan kekesalan menyelubungi diri. Jadilah Wanita yang tahu menutup aurat.....pasti anda menjadi Wanita yang tercantik di dunia dan Akhirat apalagi disisi Allah.


Ingatlah.......Allah melaknat orang merubah wajah yang telah dianugarahkan olehnya......terimalah seadanya dan yakinlah pada penampilan diri sendiri.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7zQ58HzdleJPYu_QiHwiJuqe-1ofU-spgzDqr1H855Us9wb7HeCFXiWfgqJHlHam39pJHG8UELufjumrZsvDIMIcXaHiRPGkt6B5cs-B_lkfbfBmqxVa05cOps_ZDCv5V7axtf5P5PFk/s1600/3155928814_a492f9954b.jpg

Monday, December 13, 2010

BOIKOT - MARI BERJUANG BERSAMA




                            










       










              










          









         








                                                                           






                                                                        




Buka Hati Bukalah Minda

Semua gambar yang diatas adalah perbandingan antara HPA dan Yahudi....
Ini bukan bermaksud untuk menghina mana-mana produk atau restoran. Tapi ini adalah untuk membuka mata bagi umat Islam keseluruhan untuk sama-sama membantu menjana ekonomi orang Islam.

Jika anda lihat diluar sana, terlalu banyak restoran yang dibuka sama ada yang Islam atau bukan Islam...ini dikatakan seperti Cendawan tumbuh. Tapi adakah anda tahu setiap restoran yang ingin anda masuk itu mempunyai makanan yang Halal? Sudah tentu restoran Islam itu Halal, tapi dari segi pembuatan dan pembelian barang makanan itu belum pasti, ini kerana barangan yang anda beli untuk memasak itu adalah dari kedai dan pasar yang berkemungkinan orang bukan Islam yang menjual....dan dikhuatiri ada bercampur dengan bahan yang tidak diingini. Dari segi kebersihan mungkin ianya bersih, tapi dari sudut keikhlasan hati untuk memasak, kita tidak tahu sama ada ikhlas atau ada rungutan.

Dari itu jika anda memilih untuk mengguna atau menikmati makanan Halal lagi suci.....maka jalan penyelesaiannya adalah produk dan restoran HPA. Ini kerana terdapat berbagai restoran dan halal mart yang boleh menjadi pilihan anda untuk membeli dan memasukinya. Dalam HPA, jika anda ingin membeli barangan keperluan harian dan dapur......maka anda boleh ke HPAic kerana disitu ada pasaraya HPA atau Halal Mart. Begitu juga, jika anda ingin menikmati makanan yang berbagai citarasa, maka HPA tidak akan menghampakan anda dengan berbagai pilihan restoran seperti...........
  1. Radix Fried Chicken
  2. Radix Bakery House
  3. Radix Oriental Cuisine
  4. Radix Chicken House
  5. Radix Pizza House
Inilah masa untuk sama-sama kita boikot barangan Yahudi sedikit demi sedikit. Alangkah ruginya kita sebagai Umat Islam jika tidak menggunakan barangan Halal yang sudah pasti didepan mata. Bukankah mencari yang Halal itu Fardu bagi Umat Islam? Jadi mengapa ditunggu lagi....? Apakah anda sanggup membiarkan sisa-sisa yang tidak Halal memasuki tubuh anda menjadi darah daging? Dari itu bangunlah wahai Umat Islam semua untuk memboikot barangan Yahudi yang telah merosakkan minda ornag Islam sehingga menjadi huru hara dan kucar kacir.

Kasihanilah anak-anak kita seadanya......kerana mereka adalah pewaris generasi Islam dan bangsa, maka makanan Halal adalah penting untuk menjadikan minda dan sikap MANUSIA menjadi cemerlang. Dari itu jadilah Manusia yang bijak memilih Produk yang akan anda gunakan seharian. Fikirlah sendiri apa akibatnya jika sentiasa menggunakan barangan Yahudi. Masihkah kita mahu mengguna atau "Boikot"

SAYANGI KELUARGA DAN ANAK-ANAK DENGAN MEMBOIKOT BARANGAN YAHUDI


Marilah bersama-sama dengan saya memboikot barangan yahudi
Email saya di :-  ladyartpurple@yahoo.com



Thursday, December 9, 2010

KHINZIR DAN PRODUK SEHARIAN ANDA



KINZIR DAN BAHANNYA

Pernahkah anda terfikir Produk yang digunakan setiap hari sama ada dalam makanan, pakaian dan barangan kosmetik semua melibatkan dari Kinzir. Kebanyakkan dari kita semua tidak pernah mengambil tahu akan kegunaan harian kita, adakah ia Halal atau sebaliknya. Pastikan setiap barang makanan yg akan dibeli, diselidiki dahulu isi kandungannya. Dikhuatiri akan ada campuran yang tak diingini pada barang yang kita ingin beli. Jangan ambil mudah sahaja dengan setiap barangan yang kita beli. Harus mengikut etika dalam Islam, kerana ia melibatkan darah daging yang mengalir ketubuh badan kita.

Seperti dalam carta yang saya tunjukkan diatas, ia adalah sebahagian dari barang yang mengandungi unsur Kinzir. Oleh itu kita harus berhati-hati dengan semua produk yang berada dipasaran, ini kerana kebanyakkan produk yang dipasaran adalah dari negara luar dan buatan bukan Islam. Setiap label yang berada pada produk harus diteliti dahulu kandungannya. Gelatin haiwan atau whey kebanyakan daripada kinzir.

Carta diatas sebagai panduan untuk anda jadikan petunjuk setiap kali membeli barangan diluar. Keperihatinan anda adalah penyelamat Islam seluruh dunia dan keluarga. Makanan yang halal adalah menjamin kesihatan, minda dan tingkah laku setiap individu.

"Sampaikan pesanku walau sebaris ayat sekali pun"
Ini adalah untuk umat Islam sejagat.


Thursday, November 25, 2010

KHASIAT ROSELLE
















Kapsul Roselle Dan Buah Roselle


Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan melebihi dari famili limau( citrus). Roselle kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khusus untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh badan manusia.

Khasiat::
  1. Anti penuanan ( anti aging ) - Kajian dari pakar pemakanan kesihatan Roselle yang mempunyai vitamin C dan berserat akan melambatkan proses penuanan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang menggamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
  2. Pencegahan Penyakit Kardivaskular - Sakit jatung merupakan pembunuh di dunia dan diangap sebagai ' sillent killer '. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyababkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekali gus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.
  3. Pencengahan Kanser - Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan dan minuman merupakan punca utama terjadinya kanser. Vitamin C dab serat yang tinggi yang terdapat didalam roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksida dan sebagai anti kanser.
  4. Demam panas/selsema - Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masaalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masaalah demam.
  5. Resdung ( Alergi ) dan Lelah ( athma ) - Pengambilam Roselle dan Coscinum plus adalah dua gabungan terbaik untuk menghadapi permasaalahan ini.
  6. Stres atau sukar tidur - Bagi mereka yang menghadapi masaalah stres dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masaalah dengkur semasa tidur.
  7. Masaalah lain - Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masaalah kulit dan penenang dan sebagainya.
Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, Roselle mempunyai kemampuan untuk meredakan Batuk, Cirit-birit dan berak darah. Roselle juga boleh membantu masalah sembelit. Dalam produk HPA, Roselle telah dibuat dalam berbagai bentuk makanan dan minuman seperti: -
  1. Kordial Roselle
  2. Minuman Roselle (rtd)
  3. Minuman Teh Uncang Roselle
  4. Jem Roselle
  5. Sos Roselle
  6. Kapsul Roselle
  7. Halwa Roselle


Wednesday, November 24, 2010

BAHAYA TOKSID DALAM BADAN

Tahukah anda apa akan berlaku jika Toksid berlebihan didalam tubuh?
Setiap manusia harus mengetahui bahayanya Toksid jika berlebihan. Anda juga harus tahu apa tanda-tanda dan punca Toksid berlebihan didalam badan. Jika Toksid berlebihan didalam badan, ini akan mengakibatkan berbagai-bagai penyakit yang akan timbul.

Tanda-tanda banyak Toksid : -
  1. Banyak rambut gugur
  2. Pada mata putih ada garis merah dan suram
  3. Jarang berpeluh dan badan berbau
  4. Gatal-gatal pada kulit (ruam)
  5. Alergi (alahan) dan lemah badan
  6. Sering rasa mengantuk
  7. Kuku mudah patah dan tak cantik
  8. Kepala selalu sakit
  9. Sering menjadi pelupa
  10. Otot dan sendi mudah sakit
Kenali puncanya : -
  1. Pemakanan (ada keracunan pada makanan)
  2. Persekitaran yang kotor kerana pencemaran
  3. Bahan kimia
  4. Masalah usus yang kotor
  5. Ubat pain killer (panadol dan tahan sakit)
Penting bagi anda kenali tanda dan punca Toksid yang banyak untuk anda rawat dengan cepat supaya tidak merebak menjadi penyakit yang bahaya. Jika Toksid berlebihan dan sudah merebak kemata putih dan tidak dirawat dengan cepat, ini boleh menyebabkan maut. Jika didalam perawatan HPA cara yang terbaik untuk menyingkirkan Toksid ialah dengan berbekam dan juga menggunakan produk seperti : -
  1. D'det
  2. Pelawas
  3. Teh herba
  4. Spirulina
  5. Spirumadu
  6. Kopi radix (jadikan minuman harian)
Banyakkan meminum air bersih untuk penyingkiran Toksid.


Saturday, November 6, 2010

Al-Qiyamah-Mohammed Taha Al-Junaid



Surah Al-Qiyamah

Bila mendengarkan Surah Qiyamah dari bacaan adik Mohammed Taha Al Junaid, terasa lapang n tenangnya hati ini.........sungguh merdu n mengasyikkan......sejuk perut ibu yg melahirkan anak yg bijak membaca Al Quran seperti ini.
Masya'allah.......mukjizat daripada Allah sungguh indah......
Cukup terharu mendengar suaranya yg nyaring n mendayu.....
Moga Allah kurniakan ramai anak2 Islam yg bijak membaca Al Quran......Amin.....



Wednesday, October 13, 2010

MAJLIS DEMONSTRASI

Semasa memulakan ucapan perkenalan syarikat HPA pada majlis demonstrasi.


Sebahagian dari produk2 HPA.


kesan penyakit melalui kaedah tapak tangan.


kesan penyakit melalui kaedah anak mata.


kaedah berbekam.


Semua yang anda lihat diatas adalah cara-cara mengesan penyakit yang boleh dipelajari dalam Syarikat HPA. Setiap penyakit yang dapat dikesan, akan disyorkan perawatannya.
Produk HPA juga boleh didapati dalam bentuk makanan......minuman.....ubatan perawatan.....penjagaan hujung rambut hingga hujung kaki.....kosmetik.....barangan dapur.....barangan bilik mandi.....ayam organik.....makanan sejuk beku dan produk haji.

kini HPA melangkah lebih luas lagi dengan memasarkan produk ke luar negara. HPA juga telah berjaya membuktikan bahawa Syarikat orang Islam juga bersaing maju setanding dengan dunia luar. Ini oleh kerana HPA sendiri telah mempunyai Bangunan HPAic sendiri yang terletak di Shah Alam. Bukan itu saja.....malah didalam bangunan HPAic itu sendiri telah ada Pasaraya HPA.
Lihat sendirilah betapa hebat dan bangganya kita sebagai orang Islam yang berjaya menjulang produk Islam kemerata nusantara.

Alhamdulillah......Islam berjaya mencapai matlamat mengeluarkan produk Islam 100% dimata dunia. Jika bukan kita yg support produk Islam HPA, siapa yang akan tahu ia wujud.....?
Maka gunalah dan war-warkanlah kepada teman2 seperjuangan untuk bersama kita mengguna produk Islam dan sedikit demi sedikit kita boikot produk Yahudi.
Yakinlah kita boleh melakukannya.

"sampaikan pesanku walau satu ayat sekali pun."